Thursday, January 27, 2011

Apakah Alamat Email Anda?

Assalamu'alaikum wm wbr. dan Selamat Sejahtera.
.

Pelajar dikehendaki menulis alamat email di ruangan komen (klik Post a Comment) supaya anda dapat creat new entri dalam blog ini. Buat permulaannya anda boleh gunakan id anonymous. Anda kena beritahu alamat email dan nama anda. Saya perlu add akaun id anda bagi membolehkan anda membuat sebarang editing.

Selamat Datang Ke Blog Kaedah Penyelidikan

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera.

Tahniah kepada anda yang baru sahaja mengunjungi blog ini. Blog ini saya wujudkan bagi memudahkan anda (para pelajar UUM-KYM) yang mengambil subjek BPMN3143 Pengurusan Pengeluaran operasi berinteraksi dengan saya sepanjang sesi perkuliahan anda bagi subjek ini di sini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai subjek KP bolehlah diposkan di ruang komen. Pada peringkat permulaan, anda boleh menggunakan akaun id "anonymous" terlebih dahulu, dan setelah anda create akaun id untuk group anda, maka anda dikehendaki menggunakan akaun id group anda bagi memudahkan saya menjawab soalan-soalan yang khusus untuk group anda. InsyaAllah saya akan cuba menjawab pertanyaan-pertanyaan anda sebaik mungkin.

Bagi memudahkan saya membantu / guide anda dalam menyiapkan projek yang berkualiti, anda dikehendaki mengepos projek anda di sini (create new post) mengikut section-section tertentu, sebagai contoh Pengenalan  - satu entri; Objektif Penyelidikan dan Soalan Penyelidikan - satu entri baru;  sorotan literatur - another entry. Maknanya, jangan tulis panjang-panjang untuk sesuatu entri supaya mudah saya lihat dan beri komen/pandangan.

Akhir sekali, oleh kerana blog ini baru sahaja diwujudkan, maka sudah tentu ia mempunyai kekurangan atau kelemahan. Oleh itu sama-samalah kita belajar dan memperbaiki kelemahan-kelemahan tersebut supaya blog ini benar-benar dapat memberi nilai tambah kepada anda sekelian.