Thursday, January 27, 2011

Selamat Datang Ke Blog Kaedah Penyelidikan

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera.

Tahniah kepada anda yang baru sahaja mengunjungi blog ini. Blog ini saya wujudkan bagi memudahkan anda (para pelajar UUM-KYM) yang mengambil subjek BPMN3143 Pengurusan Pengeluaran operasi berinteraksi dengan saya sepanjang sesi perkuliahan anda bagi subjek ini di sini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai subjek KP bolehlah diposkan di ruang komen. Pada peringkat permulaan, anda boleh menggunakan akaun id "anonymous" terlebih dahulu, dan setelah anda create akaun id untuk group anda, maka anda dikehendaki menggunakan akaun id group anda bagi memudahkan saya menjawab soalan-soalan yang khusus untuk group anda. InsyaAllah saya akan cuba menjawab pertanyaan-pertanyaan anda sebaik mungkin.

Bagi memudahkan saya membantu / guide anda dalam menyiapkan projek yang berkualiti, anda dikehendaki mengepos projek anda di sini (create new post) mengikut section-section tertentu, sebagai contoh Pengenalan  - satu entri; Objektif Penyelidikan dan Soalan Penyelidikan - satu entri baru;  sorotan literatur - another entry. Maknanya, jangan tulis panjang-panjang untuk sesuatu entri supaya mudah saya lihat dan beri komen/pandangan.

Akhir sekali, oleh kerana blog ini baru sahaja diwujudkan, maka sudah tentu ia mempunyai kekurangan atau kelemahan. Oleh itu sama-samalah kita belajar dan memperbaiki kelemahan-kelemahan tersebut supaya blog ini benar-benar dapat memberi nilai tambah kepada anda sekelian.

8 comments:

  1. assalamualaikum tuan hj..
    kami (siti aisyah sarikh, punitha, farah wahida & siti aisyah idris)nak pilih tajuk yang tuan hj cadangkan iaitu faktor2 yang mempengaruhi pemilihan profession perguruan di kalangan pelajar program UNIRAZAK di KYM....boleh?

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam wm wbr.

    OK, sudah tentu boleh. So Siti Aisyah Sarikh and the geng akan buat kajian ke atas faktor-faktor pemilihan profession perguruan di kalangan pelajar Unirazak di KYM.

    Siapa cepat dia dapat.

    ReplyDelete
  3. Dear sir,
    My group (siva,kala,abi n malar) want to choose the topic that you suggest-(Tahap Stres di Kalangan Pekerja KYM (Pensyarah dan Staff))...
    Hw sir?

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum tn. haji
    kami(azzah,ecah,lis dan zul)nak pilih tajuk yang tn. haji cadangkan iaitu hubungkait antara tahap motivasi dengan pencapaian akademik pelajar di kym.
    Apa pandangan tn haji? terima kasih.

    ReplyDelete
  5. To siva and azzah & the geng -- ok teruskan

    ReplyDelete
  6. Tn. hj kelas ganti utk KP esk (3-5 pm ) ada tak??

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah, kelas ganti untuk hari ini ada (3-5pm) bilik 301

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum tn.Haji...
    -kami sertakan permasalahan kajian, objektif dan soalan2 kajian..ok x?
    -kami nk bt hipotesis kajian sangkut..leh tn.haji bg contoh x?

    Permasalahan Kajian:
    Dalam kajian ini, kami akan mengkaji faktor- faktor yang akan mempengaruhi permilihan profesion perguruan dikalangan pelajar- pelajar Universiti Tun Abdul RAZAK (UNIRAZAK) yang belajar di Kolej Yayasan Melaka (KYM). Kami ingin mengkaji bagaimana faktor- faktor seperti minat dalaman, minat luaran, pencapaian akademik dan perbezaan faktor- faktor pemilihan kerjaya antara lelaki dan perempuan, akan mempengaruhi pemilihan kerjaya ini.

    Objektif Kajian:
    1.Mengenalpasti adakah minat dalaman mempengaruhi pemilihan profesion perguruan di kalangan pelajar.

    2.Mengenalpasti adakah minat luaran mempengaruhi pemilihan profesion perguruan di kalangan pelajar.

    3.Mengenalpasti adakah pencapaian akademik sebelum memasuki bidang perguruan mempengaruhi pemilihan profesion perguruan dikalangan pelajar.

    4.Mengenalpasti adakah terdapat perbezaan antara minat dalaman pelajar lelaki dengan pelajar perempuan mempengaruhi pemilihan profesion perguruan.

    5.Mengenalpasti adakah terdapat perbezaan antara minat luaran pelajar lelaki dengan pelajar perempuan mempengaruhi pemilihan profesion perguruan.

    6.Mengenalpasti adakah terdapat perbezaan pencapaian akademik pelajar lelaki dan pelajar perempuan sebelum kemasukan dalam bidang perguruan.

    Soalan- Soalan Kajian:
    1.Adakah minat dalaman mempengaruhi pemilihan profesion perguruan.

    2.Adakah minat luaran mempengaruhi pemilihan profesion perguruan.

    3.Adakah pencapaian akademik sebelum memasuki bidang perguruan mempengaruhi pemilihan profesion perguruan.

    4.Adakah terdapat perbezaan antara minat dalaman pelajar lelaki dengan pelajar perempuan mempengaruhi pemilihan profesion perguruan.

    5.Adakah terdapat perbezaan antara minat luaran pelajar lelaki dengan pelajar perempuan mempengaruhi pemilihan profesion perguruan.

    6.Adakah terdapat perbezaan pencapaian akademik pelajar lelaki dan pelajar perempuan sebelum kemasukan dalam bidang perguruan.

    sekian..TQ

    ReplyDelete