Cadangan Tajuk Penyelidikan

Saya dapat rasakan, pada ketika ini masih ramai para pelajar sedang tercari-cari tajuk penyelidikan yang sesuai bagi memenuhi kehendak kursus ini. Ramai yang masih blur dan berada di tahap abstrak (abstract level). Justeru sukacita saya memberi contoh beberapa tajuk research yang boleh pelajar lakukan iaitu:
  1. Ciri Personaliti Keusahawanan Pelajar BBA di KYM
  2. Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan profesion perguruan di kalangan pelajar program UNIRAZAK di KYM
  3. Persepsi kepuasan kerja di kalangan pensyarah dan kakitangan KYM
  4. Kajian tentang ciri-ciri personaliti keusahawanan bumiputera di Melaka
  5. Tahap Stres di Kalangan Pekerja KYM (Pensyarah dan Staff)
  6. Hubungkait antara tahap motivasi dengan pencapaian akademik pelajar di KYM