Thursday, March 3, 2011

KEPENTINGAN KAJIAN

Secara mudah, maksud kepentingan kajian secara mudah ialah "Kenapa kajian yang jalankan adalah penting?" dan bagai dapatan kajian anda dapat membantu atau digunakan oleh pihak lain.

CONTOH

Hasil kajian diharap dapat memberi satu gambaran dan kesedaran kepada majikan bahawa ciri-ciri motivasi tertentu harus diambil berat dalam pentadbiran dan pengurusan mereka. Di samping itu hasil kajian ini diharap boleh menjadi satu panduan kepada pihak majikan mewujudkan suasana tempat kerja yang mendorong kesetiaan pekerjanya. Selain daripada itu, kajian ini diharap dapat mengembang dan memantapkan teori-teori kesetiaan pekerja

KEPENTINGAN KAJIAN

  • Memenuhi jurang atau lompang penyelidikan
  • Membenarkan generalisasi kepada prinsip yang lebih umum mengenai bidang tersebut
  • Menajamkan lagi definisi sesuatu konsep atau hubungan
  • Mempunyai implikasi yang lebih besar terhadap masalah-masalah yang praktikal.
  • Membina atau memperbaiki instrumen untuk mengumpul dan menganalisis data
  • Menyediakan peluang untuk mengumpul data yang dihalang oleh faktor tidak cukup masa
  • Menyediakan kemungkinan untuk menghasilkan satu eksplorasi sesuatu isu dengan teknik yang sedia ada

No comments:

Post a Comment