Thursday, March 3, 2011

PERNYATAAN MASALAH

Assalamu'alaikum wm wbr.


Nampak gayanya pelajar ada masalah untuk menggarap konsep "Pernyataan Masalah".


Saya dapati ramai di kalangan pelajar yang masih keliru atau tidak dapat menangkap makna "Pernyataan Masalah" dalam subjek kaedah penyelidikan.


Ingin saya tekankan di sini, perkataan "masalah" tidak semestinya merujuk kepada masalah seperti yang kita fahami sehari-hari. "Masalah" merujuk kepada isu-isu yang wujud yang membawa kepada perlunya suatu kajian dijalankan.


Sesuatu pernyataan masalah itu hendaklah:

  1. Menjelaskan apa yang hendak dikaji.
  2. Masalah yang hendak dikaji mesti sesuai, munasabah dan boleh dikaji.
  3. Menjelaskan bagaimana hendak mengkajinya dan setakat mana ianya telah dan perlu dikaji.
  4. Bersifat spesifik.
  5. Menyatakan situasi di mana masalah itu wujud.Menyatakan apakah keadaan atau faktor yang perlu dicerap dan diukur.
Sebagai contoh, jika kajian kita ialah mengenai promosis jualan restoran makana segera, maka kita bolehlah menghuraikan situasi ekonomi semasa dan kaitkan dengan usaha-usaha yang dijalankan oleh restoran segera untuk menarik pelanggan dan kekal kompetitif. Antara ayat yang seharaunya ada dalam bahagian ini ialah:

“Keadaan kegawatan ekonomi yang melanda negara ini telah mengakibatkan banyak syarikat (perlu ada data) yang terpaksa menutup perniagaan mereka. Bagaimana pun melalui pemerhatian didapati restoran makanan segera (melalui data-data yang ada) masih lagi mampu mengekalkan prestasi perniagaan mereka. Apakah rahsia kejayaan mereka, adakah kerana lokasi, promosi atau produk yang mereka jual? Kajian ini akan cuba menjawab persoalan ini dengan memberi tumpuan/fokus kepada aspek promosi. Untuk tujuan ini dua buah restoran makanan segera telah dipilih iaitu restoran ABC dan XYZ.”

1 comment: