Wednesday, January 4, 2012

Jawapan Final 29 Nov 2010 - Soalan 1

JAWAPAN KERTAS PEPERIKSAAN AKHIR
BPMN3143 SEMESTER 1 SESI 2010/2011

SOALAN 1

a. Huraikan maksud istilah-istilah berikut: (10 markah)

Jawapan 1 (a)

 (i) Penyelidikan Perniagaan

Penyelidikan perniagaan merupakan penggunaan kaedah saintifik untuk mencari kebenaran terhadap sesuatu fenomena perniagaan.

 (ii) Konsep

Konsep merupakan idea yang dinyatakan samada dalam bentuk simbol atau perkataan.  Biasanya ditunjukkan dalam bentuk kerangka konsepsual.

 (iii) Penyelidikan Asas

Penyelidikan asas dilakukan untuk menambah kefahaman terhadap masalah-masalah yang biasa berlaku dipelbagai organisasi. Dilakukan tanpa sesuatu keputusan yang spesifik atau bukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang pragmatik.

(iv) Teori

Teori merupakan penerangan terhadap beberapa peristiwa yang dilakukan secara formal dan logikal. Ini termasuklah meramal bagaimana peristiwa-peristiwa tersebut berkait antara satu sama lain.

(v) Pembolehubah

Pembolehubah adalah suatu istilah yang digunakan dalam penyelidikan untuk merujuk kepada sesuatu yang boleh berubah atau mengambil nilai-nilai yang berlainan
   
b. Apakah yang dimaksudkan dengan cadangan penyelidikan dan bagaimanakah ianya berguna kepada penyelidik dan pelanggan kajian?   (8 markah)

Jawapan 1 (b)
                 
Cadangan kajian atau cadangan penyelidikan adalah satu kenyataan bertulis mengenai reka bentuk kajian atau penyelidikan. Ianya mengandungi  kenyataan yang menjelaskan tujuan kajian (dalam bentuk soalan-soalan penyelidikan atau jangkaan hasil kajian) dan definisi masalah, yang seringkali dinyatakan dalam bentuk kenyataan keputusan. Cadangan penyelidikan juga memberikan garis kasar mengenai metodologi kajian dan langkah-langkah yang akan digunakan dalam setiap tahap proses kajian. Cadangan penyelidikan juga biasanya mengandungi anggaran kos dan jadual kerja. Ianya adalah dokumen komunikasi utama di antara penyelidik dan pengguna kajian.
[4 markah]

Cadangan kajian atau cadangan penyelidikan  adalah berguna untuk kedua-dua penyelidik dan pelanggan dalam dua cara:

(a) Sebagai alat perancangan - memaksa penyelidik berfikir secara mendalam tentang setiap tahap dalam  proses kajian. Pelanggan kajian mengunakan cadangan penyelidikan untuk menilai   penyelidikan yang dicadangkan terutamanya dari segi samada kajian tersebut akan memberikan maklumat yang berguna dan samada anggaran kos kajian adalah berpatutan. Ini membantu  para pengurus menentukan sama ada maklumat yang berguna  akan diperolehi dan sama ada penyelidikan yang dicadangkan akan mencapai apa yang diinginkan.
[2 markah]
(b) Sebagai perjanjian / kontrak - berfungsi sebagai suatu tawaran perkhidmatan yang spesifik daripada penyelidik. Kedua-dua penyelidik dan pelanggan harus menandatangani cadangan tersebut untuk menunjukkan persetujuan mereka kepada apa yang bakal dilakukan. Maka, ianya adalah satu rekod mengenai kewajipan penyelidik dan menjadi pengukur untuk menentukan samada kajian yang dilakukan adalah sepertimana yang dirancang.
[2 markah]

No comments:

Post a Comment